0

Kenapa pilih SLR ??

Posted by froggie on 20:50 in
Ingat lagi soalan hari tu... Ini jawapannya (ikut pendapat saya laa)

Ramai orang kata kalau ambil gambar guna kamera SLR nie gambar confirm lawa. Sape guna memang dapat gambar macam pro. Betul ker?

Ada sesetengah pendapat mengatakan yang kamera nie tak de beza pon canggih ker tak, kalau kita pandai ambil gambar. Tapi pada saya setiap kamera yang dicipta ada kelebihannya.  Setiap kamera pasti ada kelebihan yang sesuai pada penggunanya. Tapi, kalau penggunanya tak reti, kamera canggih mana pun tak guna kan?

Mula-mula kita kena tau pencabar SLR ni. Lebih kurangnya ada kamera point & shoot (consumer and advance),  semua jenis kamera kotak yang ada dipasaran tu... kamera nie kecil dan mudah digunakan.  Anak saya pun boleh guna :)

Terdapat banyak kelebihan memilih kamera SLR.  Salah satunya kelebihan memilih jenis lensa zoom yang kita perlukan tanpa menukar kamera. Bagi yang jarang ambil gambar mungkin tak faham kelebihannya...??? Ok saya bagi contoh katalah cik2 & puan2 nak ambik gambar family dalam rumah kat ruang tamu pakai kamera kotak tuu... Semua dah dok come'2 bila nak ambil gambar kak ngah tak masuk frame kita pun undur2 tak masuk laie tup sedar belakang dah sentuh dinding camne nak buat???
Tada nilah kelebihan SLR tukar jer lens wide angle habih citer.....Satu laie contoh kiter tengah tengah main ngan anak umur 2 tahun ada moment interesting tapi dear dok jauh camne nak kejar... jeng2 pakai lens zoom tak yah nak kejar....

Seterusnya SLR nie secara umumnya lagi laju amik gambar banding dgn kamera kotak. Laju ni ringkasnya dari 2 sudut. Pertamanya auto fokus lagi cepat mengesan subjek contohnya kita amik kes anak 2 tahun tadi, dia tengah berlari and kita amik gambar pakai kamera kotak insyaallah kabur tapi kalau SLR insyaallah tak kabur. keduanya cepat dari segi "delay" antara kita tekan butang dan gambar diambil bagi SLR selalunya tak lebih 0.1 saat, tapi  kalau kamera kotak ada yang sampai dekat 1 saat. Jadi apa masalahnya dua2 saat jugak...... Bezanya kita tengah amik gambar potret kahwin, kita suruh dia senyummm kita amik gambar. Tiba2 mak cik Bedah  melatah masa kita tengah tekan butang tu terus dapat gambar pengantin gelak besar habih kontrol ayu. Kalau pakai SLR dua-dua situasi boleh ambik... Tak percayee!!!!  Percayalah........

Kalau tempat kurang cahaya kena pakai flash... Tau laa kan apa jadi kalau flash berpinar mata kalau yang kurang oil control tu berkilat2 kalau cantik takpe ntahlah..... edit pakai PC jer, yelah tu terer ker??
Kalau SLR senang jer mode automatik lebih pintar dari kamera kotak so kurang la kilat2 muka tu tapi kalau dah pro adjust flash jer manually... Ada banyak lagi kelebihan dia tapi nanti kita bincangkan.

So macamana teringin nak pakai SLR ke... Kalau nak baca la post lepas ni....

p/s: Lepas nie saya akan pakai term DSLR utk perbincangan bagi menggantikan SLR

0

Apa itu SLR....

Posted by froggie on 18:49 in
Bahasa mudahnya SLR ni kamera yang lensa dia boleh cabut2. Sapa yang tak tau lensa tu yang ada kat depan kamera tu. SLR ni biasanya dibahagikan kepada 3 bahagian:
- Body: Badan kamera semua fungsi kawal kat sini
- Lens : Lensa untuk pelbagaikan gambar yang diambil.
- Accessory: ini untuk memudahkan urusan/kerja2 masa ambil gambar (ie flash, tripod dll)

Sekarang ni semua orang pakai SLR, kalu tak percaya pergi kenduri kahwin tanya orang yang dok amik gambar tu "Awak pakai kamera apa tu?" mesti dia jawab ...... SLR punya heehee. Kat universiti pun siap ade yang wajibkan beli SLR......

Zaman sekarang ni bila kita sebut SLR confirm akan digital. Digital ni kamera yang tak pakai filem pakai memori kad jer. Ada macam-macam jenama Canon, Nikon, Pentax, Olympus, Sony dan banyak lagi. Pastu setiap jenama ni ada kelas SLR sendiri contoh beginner, intermediate, advance dan professional.

Mesti pelikkan kenapa semua orang pakai SLR, apa yang bagusnya....

0

Boleh ke sambung fotografi??

Posted by froggie on 18:27 in
hhhmmm... satu hobi lama yang telah lama ditinggalkan.. masih amik gambar cuma pakai kamera biasa jer... dulu-dulu pakai SLR.. siap ada set lens panjang, pendek, flash, tripod dan lain-lain. Tapi sejak filem dah makin mahal, digital kamera bersepah sepah.. nak gi cuci gambar pun dah malas sebab digital kamera senang just sambung wayar kat PC dah boleh print. nak view la tu boleh view gambar ok tak.. tak perlu pergi kedai cuci baru bole view... Ada la dulu masa canon ada 300d gi la tengok kot-kot bleh beli tapi x cukup duit so terpendam la hajat tu.

blog nie akan berkisar pada hobi-hobi lama dan baru saya. Antaranya fotografi, kraftangan & lukisan, jadi dipersilakan komen atas hasil kerja saya sama ada baik atau tidak....

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates